Make your own free website on Tripod.com
 
Kesan Putaran Bumi

Putaran bumi akan menyebabkan berlakunya:

..........

Siang dan Malam
  • Putaran bumi di atas paksinya mengakibatkan hanya sebahagian bumi yang menerima cahaya matahari dan bahagian yang satu lagi dalam kegelapan pada waktu-waktu tertentu.

  • Bahagian  yang menghadap matahari mengalami waktu siang, manakala bahagian yang bertentangan dengan matahari mengalami waktu malam.
     

..........

Biasan Angin dan Arus Lautan

  • Objek yang melintasi hemisfera utara akan dibias ke kanan, manakala objek yang melintasi hemisfera selatan akan  dibias ke kiri.
............

Air Pasang Surut

  • Air pasang surut di laut adalah akibat daripada tarikan graviti bulan.