Make your own free website on Tripod.com
Perubahan ketinggian matahari tengah hari di langit

Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya menyebabkan ketinggian matahari tengah hari berubah mengikut garis lintang pada waktu-waktu berlainan dalam setahun. Ini boleh dibuktikan melalui keadaan di bawah:

Pada 21 Mac (Ekuinoks musim bunga di Hemisfera Utara)
Matahari berada tegak di atas kepala di Khatulistiwa pada waktu tengah hari.

Pada 21 Jun (Solstis musim panas di Hemisfera Utara)
Matahari berada  tegak di atas kepala  di Garisan Sartan pada waktu tengah hari.

Pada 23 September (Ekuinoks musim luruh di Hemisfera Utara)
Matahari berada tegak di atas kepala di Khatulistiwa pada waktu tengah hari.

Pada 22 Disember (Solstis musim sejuk di Hemisfera Utara)
Matahari berada tegak di atas kepala di Garisan Jadi  pada waktu tengah hari.

Matahari berada paling hampir  dengan bumi pada masa ekuinoks, manakala lebih tinggi dari bumi semasa solstis.