Make your own free website on Tripod.com
Perbezaan Panjang Waktu Siang dan Malam

Peredaran bumi mengelilingi matahari juga menyebabkan perbezaan panjang waktu siang dan malam pada masa yang berlainan dalam setahun. Walau bagaimanapun, kawasan di Khatulistiwa  mempunyai waktu siang dan malam yang sama panjang sepanjang tahun.
Ini boleh diperjelaskan melalui keadaan di bawah:

Pada waktu Ekuinoks  (21 Mac dan 23 September)

Semua tempat di dunia kecuali Kutub Utara dan Kutub Selatan  mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang kerana matahari berada tegak di atas kepala di Khatulistiwa.
 

Pada waktu Solstis musim panas  (21 Jun)

Pada masa ini, berlaku musim panas di Hemisfera Utara , ini menyebabkan siang lebih panjang dan waktu malamnya lebih pendek.
Pada masa yang sama, Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk, ini menyebabkan siang lebih pendek dan malamnya  lebih panjang .
Kawasan di utara Garisan Artik mengalami 24 jam siang, manakala kawasan di selatan Garisan Antartik mengalami 24 jam siang.

 

 

Pada waktu Solstis musim sejuk ( 22 Dis )

Pada masa ini, berlaku musim sejuk di Hemisfera Utara, ini menyebabkan malam lebih panjang dan waktu siangnya lebih pendek. Pada masa yang sama, berlaku musim panas di Hemisfera Selatan, ini menyebabkan waktu siangnya lebih panjang dan waktu malamnya lebih pendek.
Kawasan di utara Garisan Artik mengalami 24 jam malam, manakala kawasan di selatan Garisan Antartik pula mengalami 24 jam siang.