Make your own free website on Tripod.com
Empat Musim dalam Setahun

Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya juga menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun. Negara-negara yang mengalami kejadian empat musim yang nyata ialah Negara-negara Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

 

 

Musim

Hemisfera Utara 

Hemisfera Selatan

Ciri-ciri Musim

Suasana

Ekuinoks Musim Bunga 

Mac - Mei 

September - November

  • Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa  ( 0 )
  • Hemisfera utara dan Hemisfera selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang



Solstis Musim Panas 

Jun -  Ogos

Disember - Februari

  • Matahari tegak di Garisan Sartan  ( 23 1/2  U )
  • Hemisfera utara (siang lebih panjang
  • Hemisfera selatan (malam lebih panjang)
  • Kutub Utara  ( 24 jam siang)
  • Kutub selatan ( 24 jam malam)



Ekuinoks Musim Luruh

September - November 

Mac - Mei

  • Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa  ( 0 )
  • Hemisfera utara dan Hemisfera selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang

Solstis Musim Dingin 

Disember - Februari 

Jun - Ogos

  • Matahari tegak di Garisan Jadi  ( 23 1/2  S )
  • Hemisfera utara (malam lebih panjang
  • Hemisfera selatan (siang lebih panjang)
  • Kutub Utara  ( 24 jam malam)
  • Kutub selatan ( 24 jam siang)



Empat musim yang nyata ini biasanya berlaku di pertengahan Garisan Lintang dan tidak berlaku di kawasan Tropika kerana matahari sentiasa berada tinggi di langit.

Di kawasan Garisan Artik dan Garisan Antartik, musim bunga dan musim luruh sangat pendek, manakala musim panas dan musim sejuknya agak panjang.