Semasa bumi
berputar di atas paksinya, bumi juga beredar mengelilingi matahari
mengikut arah lawan jam dalam orbit bujur. Bulan pula beredar
mengelilingi bumi sambil turut beredar mengelilingi matahari.
Satu edaran mengelilingi
matahari mengambil masa selama 365 1/4 hari.Orbit bujur bumi
menyebabkan bumi tidak sentiasa berada pada jarak yang sama
dari matahari.